| A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z |


S

self insurance

Dana yang disediakan oleh syarikat atau individu untuk menaggung sendiri kerugian yang mungkin dihadapi. Kaedah ini merupakan alternatif kepada insurans.

swainsurans

short term policy

Polisi yang dikeluarkan untuk tempoh satu tahun atau kurang.

polisi jangka pendek

single premium

Premium yang dibayar sekaligus dalam tempoh polisi insurans atau anuiti.

premium tunggal

 

subrogation clause

Fasal yang membenarkan insurer mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak ketiga yang bertanggungjawab menyebabkan sesuatu kerugian yang telah dibayar tuntutannya kepada insured, dengan menggunakan nama insured atau nama pemilik polisi. Salah satu tujuan fasal ini ialah untuk mengelakkan insured mendapat keuntungan daripada polisi insuransnya. Fasal ini juga mengelakkan insured membuat tuntutan daripada insurer dan pihak ketiga tersebut.

fasal subrogasi

subrogration release

 

Surat perlepasan yang diperlukan oleh insurer ketika membayar ganti rugi kepada insured. Dalam surat ini terdapat peruntukan yang membenarkan insurer mengambil alih hak pemilikan insured.

perlepasan subrogasi

sum insured

 

 

 

 

Jumlah yang tercatat dalam polisi sebagai jumlah yang akan dibayar apabila berlaku peristiwa yang diinsuranskan bagi polisi berfaedah atau amaun maksimum liabiliti insurer di bawah kontrak indemniti.

jumlah diinsuranskan

MII Website Disclaimer    All Rights Reserved. Copyright © 2005 The Malaysian Insurance Institute.