| A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z |


R

rebate

Sebahagian daripada komisen ejen yang diberikan kepada insured sebagai daya tarikan agar polisi tersebut dibeli.

rebat

recital clause

Fasal permulaan dalam polisi menyatakan pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian.

fasal deklamasi

reinstatement clause

 

Syarat yang boleh diminta oleh insured untuk dimasukkan ke dalam polisi apabila kiraan tuntutan dibuat tanpa mengambil kira keadaan haus, lusuh dan susut nilai harta yang diinsuranskan.

fasal pengembalian semula

renewal

Penguatkuasaan semula status polisi yang tempohnya telah atau akan tamat, tertakluk kepada pembayaran premium.

pembaharuan

renewal

certificate

Sijil ringkas yang digunakan untuk memperbaharui polisi. Sijil ini merujuk kepada polisi asal dengan menggunakan segala peruntukan tetapi tidak menyatakan lagi perjanjian insurans, pengecualian dan syarat-syarat.

sijil pembaharuan

renewal commission

Komisen berasaskan premium yang dibayar selepas komisen tahun pertama.

komisen pembaharuan

MII Website Disclaimer    All Rights Reserved. Copyright © 2005 The Malaysian Insurance Institute.