| A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z |


P

partial loss

Kerugian ke atas harta yang diinsuranskan disebabkan oleh peril yang dilindungi tetapi tidak menjejaskan nilai atau merosakkan harta sepenuhnya.

kerugian separa

physical damage

Kerosakan sebenar ke atas harta yang diinsuranskan.

kerosakan fizikal

policy condition

Peruntukan polisi insurans yang menyatakan hak dan tanggungjawab insured atau insurer. Syarat yang biasa terdapat adalah berkaitan dengan perkara seperti tanggungjawab insured apabila berlaku kerugian, peruntukan pembatalan dan hak insurer untuk memeriksa sesuatu harta.

syarat polisi

policy contract

Perjanjian di antara insurer dengan insured yang insurer bersetuju, berdasarkan sesuatu imbalan untuk memberi faedah, membayar ganti rugi, atau memberi khidmat kepada insured. "Polisi" adalah kontrak bertulis.

kontrak polisi

policy year

Jangkamasa di antara tarikh ulang tahun polisi.

tahun polisi

premium loading

Amaun yang ditambah ke atas kos insurans tulen untuk membiayai kos, kendalian insurer, kerugian yang mungkin melebihi jangkaan perangkaan dan kesan turun naik kadar pulangan pelaburan insurer.

bebanan premium

pro rata

 

 

 

 

 

i)Pengagihan jumlah insurans di bawah satu polisi di antara beberapa objek atau tempat yang dilindungi mengikut kadar nilai harta atau jumlah tercatat.
ii)Pengagihan liabiliti di antara beberapa insurer yang mempunyai beberapa polisi ke atas risiko yang sama. Biasanya liabiliti yang ditanggung adalah mengikut nisbah amaun perlindungan bagi setiap polisi berbanding dengan amaun keseluruhan perlindungan untuk semua polisi tersebut.

prorata

 proposal form

 Borang permohonan untuk mendapatkan perlindungan insurans yang memberikan maklumat bercetak mengenai risiko yang hendak dilindungi.

 borang cadangan

provisional premium

 

Bayaran pendahuluan yang dianggap sebagai deposit sebelum premium sebenar ditentukan.

premium sementara

 proximate cause

 

 

 

 

 

 

 

Fakta yang berkesan menyebabkan kehilangan atau kerosakan. Ini adalah rantaian penyebab dan kesan di antara berlakunya sesuatu peril yang diinsuranskan dengan kerosakan harta. Contoh: api dan bukannya air, merupakan sebab hampiran kepada kerosakan walaupun air digunakan untuk memadam api tersebut.

sebab hampiran

MII Website Disclaimer    All Rights Reserved. Copyright © 2005 The Malaysian Insurance Institute.