| A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z |


N

named insured

Individu, firma atau perbadanan yang namanya telah dicatat sebagai insured dalam sesuatu polisi.

insured ternama

named peril

Peril khusus dicatatkan dalam sesuatu polisi yang boleh menyebabkan kerugian ke atas harta yang diinsuranskan. Ini berbeza dengan polisi insurans semua risiko yang melindungi semua peril melainkan peril yang dikecualikan.

peril ternama

net loss

Amaun kerugian yang ditanggung oleh insurer setelah diambil kira semua pembayaran balik reinsurans, salvaj dan subrogasi.

kerugian bersih

net premium

i)Amaun premium yang telah ditolak komisen ejen.
ii)Premium yang perlu untuk melindungi hanya kerugian yang dijangka sebelum ditambah bebanan bagi perbelanjaan lain.
iii)Premium asal yang ditolak dividen berbayar atau dijangkakan bagi polisi insurans hayat penyertaan yang insured memilih untuk menggunakan dividen untuk membayar premium.

premium bersih

no claim bonus

Potongan yang diberikan kepada premium pembaharuan sebagai imbalan kerana tidak ada tuntutan untuk tempoh perlindungan insurans yang lepas.

bonus tanpa tuntutan

MII Website Disclaimer    All Rights Reserved. Copyright © 2005 The Malaysian Insurance Institute.