| A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z |


L

lapse

Pemberhentian polisi kerana kegagalan membayar premium. Dalam insurans hayat, istilah ini merujuk kepada premium yang tidak diterima ketika polisi masih belum mempunyai nilai tidak lucut hak.

lupus

life insurance

i)Sistem perkongsian risiko berkontrak yang carumannya dikumpul dan diagihkan untuk menampung keperluan ekonomi yang berpunca daripada ketidakpastian hayat.
ii)Perjanjian yang menjamin bayaran kewangan seandainya insured meninggal dunia atau berkeadaan seperti yang ditetapkan dalam kontrak, umpamanya hilang upaya penuh kekal.

insurans hayat

loss

i)Amaun pengurangan nilai harta insured disebabkan oleh berlakunya peril yang diinsuranskan.
ii)Amaun yang dituntut oleh insured atau
iii)Amaun yang dibayar bagi pihak insured
di bawah kontrak insurans liabiliti.

kerugian

lump sum

Cara penyelesaian pembayaran faedah insurans hayat kepada waris dengan bayaran tunggal.

sekaligus

MII Website Disclaimer    All Rights Reserved. Copyright © 2005 The Malaysian Insurance Institute.