|
implied warranty
|
Waranti dalam polisi insurans yang tidak
dinyatakan tetapi pematuhan terhadap waranti ini adalah penting dalam menentukan kesahihan
kontrak insurans berkenaan. Adalah menjadi tanggungjawab insured untuk mematuhi waranti
ini. |
waranti tersirat
|
|
indemnity
|
Pemulihan kepada mangsa kerugian melalui
bayaran tunai, pembaikan atau penggantian. |
indemniti
|
|
installment premium
|
Premium insurans hayat yang dinyatakan
sebagai premium tahunan tetapi dibayar lebih kerap. Jumlah premium tahunan ini mesti
dijelaskan walaupun kematian berlaku, jika terdapat beberapa ansuran yang masih belum
dibayar. |
premium ansuran
|
|
insurable interest
|
Kepentingan ke atas objek yang
diinsuranskan (atau hubungan undang-undang dengan objek berkenaan) yang sekiranya berlaku
sesuatu kejadian insured akan mengalami kerugian kewangan. |
kepentingan boleh insurans
|
|
insurable risk
|
Risiko yang boleh memenuhi sebahagian besar keperluan
berikut:
-
Boleh
ditakrifkan.
-
Mesti terjadi dengan tidak
sengaja.
-
Mesti menyebabkan kerumitan kepada insured.
-
Tergolong kepada satu kumpulan risiko homogen yang membolehkan ramalan kerugian
dibuat.
-
Tidak berbentuk
malapetaka.
-
Kos insurans munasabah yang boleh
ditentukan.
-
Kemungkinan berlakunya kerugian boleh
dianggar.
|
risiko boleh insurans
|
|
insurance
coverage |
Skop perlindungan yang diberi di bawah
syarat polisi insurans. Istilah ini juga beerti amaun yang dilindungi oleh sesuatu polisi
insurans. |
perlindungan
insurans
|
|
insurance policy
|
Dokumen bercetak yang disediakan oleh
insurer sebagai bukti kontrak di antara insurer dengan insured. |
polisi insurans
|
|
insurance
|
Kemudahan sosial untuk mengurangkan risiko
dengan memindahkan risiko tersebut daripada entiti individu kepada insurer melalui satu
perjanjian berkontrak. Kontrak ini melibatkan dua pihak iaitu insured dan insurer. Insured
berjanji akan membayar sejumlah wang yang dinamakan premium dan insurer sebaliknya
berjanji membayar ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang
ditetapkan dalam kontrak. Istilah ansurans sering digunakan bertukar ganti dengan istilah
insurans. |
insurans |
|
insured
|
Pihak dalam perjanjian insurans yang akan
diberi ganti rugi, faedah atau perkhidmatan oleh insurer. Istilah ini lebih kerap
digunakan daripada pemegang polisi, empunya polisi dan asured. |
insured
|
|
insurer
|
Pihak dalam kontrak insurans yang
bertanggungjawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat
kontrak insurans. Istilah ini lebih kerap digunakan daripada penanggung insurans atau
syarikat insurans. |
insurer
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|