|
endorsement
|
Kepilan yang disediakan bagi sesuatu polisi untuk menukar peruntukan yang terdapat di dalam
kontrak. |
endorsemen
|
|
escalator clause
|
i)Fasal dalam polisi marin risiko binaan yang memperuntukkan kenaikan dalam nilai yang diinsuranskan bagi objek yang sedang dibina untuk mengambil kira inflasi dan kenaikan
kos.
ii)Fasal yang memperuntukkan penyelarasan kenaikan atau penurunan bayaran sewa untuk melindungi kontigensi tertentu seperti peruntukan dalam pajakan yang menyediakan kenaikan dalam cukai harta dan belanja
pengendalian. |
fasal eskalator
|
|
estimated
premium
|
Premium sementara yang akan diselaraskan pada akhir
tahun. Umpamanya, dalam Insurans Pampasan Pekerja, premium teranggar diasaskan kepada senarai gaji anggaran untuk sesuatu
tahun. Premium muktamad akan dikira pada akhir tahun tersebut apabila senarai gaji muktamad
diketahui. |
premium teranggar
|
|
evidence of
health
|
Bukti mengenai kesihatan yang memuaskan yang diperlukan oleh insurer apabila seseorang ingin memperbaharui polisinya setelah
luput. Pembaharuan ini hendaklah dilakukan dalam masa yang ditetapkan oleh insurer. |
bukti kesihatan
|
|
ex gratia
payment
|
Bayaran oleh insurer kepada insured apabila tidak terdapat liabiliti di bawah
kontrak. Dalam beberapa hal insurer berpendapat bahawa terdapat kesilapan atau salah faham dan ia mungkin membayar tuntutan walaupun tidak boleh
dipertanggungjawabkan. |
bayaran ex gratia
|
|
exclusion clause
|
Fasal yang menghadkan skop perlindungan
insurans. |
fasal pengecualian
|
|
expiration
/expiry
|
Penamatan polisi sementara pada akhir tempoh
perlindungannya. |
tamat tempoh
|
|
expressed warranties
|
Janji yang dibuat oleh insured yang dinyatakan dalam polisi bahawa sesuatu perkara akan atau tidak akan dibuat atau sesuatu keadaan akan atau tidak akan
wujud. |
waranti tersurat
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|