| A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z |


D

date of issue

Tarikh sesuatu kontrak dikeluarkan sebagaimana yang tercatat dalam polisi. Tarikh ini tidak semestinya tarikh berkuat kuasa polisi tersebut.

tarikh terbitan

date of termination

Tarikh perlindungan insurans ditamatkan sama ada disebabkan tempoh polisi telah berakhir atau polisi dibatalkan.

tarikh tamat

death benefit

Amaun yang tercatat dalam polisi yang akan dibayar apabila insured meninggal dunia.

faedah kematian

deductible

 

Bahagian kerugian yang perlu ditanggung oleh insured sebelum ia berhak menerima pampasan daripada insurer. Contoh: jika kerugian yang dialami ialah RM150.00 dan deduktibel ialah RM50.00, maka syarikat insurans akan membayar hanya RM100.00 dan jumlah RM50.00 pertama ditanggung sendiri oleh insured.

deduktibel

deferred payments

Pembayaran yang akan dilaksanakan pada satu tarikh di masa hadapan.

bayaran tertunda

 

MII Website Disclaimer    All Rights Reserved. Copyright © 2005 The Malaysian Insurance Institute.