|
|
|
|
|
abandonment |
Memberi hak kepada insurer untuk mengambil
alih kepentingan ke atas harta yang hilang atau rosak supaya insured boleh membuat
tuntutan untuk kerugian keseluruhannya. |
serah ganti |
|
acceptance
|
Penerimaan oleh insurer terhadap risiko
yang ditawarkan oleh pencadang (bakal pembeli insurans). |
penerimaan
|
|
accident and health
insurance
|
Polisi insurans yang melindungi kemalangan
dan kesihatan. |
insurans kemalangan dan kesihatan
|
|
accidental death
benefit
|
Faedah tambahan yang bernilai sama atau
lebih daripada faedah kontrak asal atau jumlah prinsipal. Faedah ini akan dibayar
bersama-sama faedah lain apabila kematian berlaku disebabkan oleh sesuatu
kemalangan. |
faedah mati kemalangan
|
|
actual cash value
|
Nilai harta ketika harta itu hilang atau
rosak yang ditentukan dengan menolak susut nilai harta tersebut daripada kos
gantiannya. |
nilai tunai sebenar
|
|
actual total loss
|
Pemusnahan menyeluruh ke atas sesuatu
harta. Kerugian seperti ini menyebabkan pemilik harta mendapat amaun maksimum daripada
polisi. |
kerugian menyeluruh sebenar |
|
adjuster
|
Orang yang
menaksir, menyelaras serta
menetapkan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans apabila tuntutan
diterima. |
adjuster
|
|
assured
|
Pihak yang diinsuranskan
(biasanya
digunakan dalam insurans hayat). |
assured
|
| attestation clause |
Fasal yang mewajibkan polisi
ditandatangani oleh sekurang-kurangnya seorang yang berkuasa seperti pengurus atau
pengarah syarikat. |
fasal pengakusaksian
|
|
average clause
|
Fasal yang memperuntukkan bahawa insurer
akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang tidak melebihi daripada amaun yang ditetapkan
di bawah polisi mengikut peratusan nilai tunai harta yang diinsuranskan. |
fasal purata |
|
|
|
|
|
|
|
|